Dianah's Blog

All about me, and my opinions..

Kasih sejati

Dari Abu ‘Amru Asy Syaibaniy berkata ‘Abdullah bin Mas’ud radliallahu ‘anhu berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, aku katakan: “Wahai Rasulullah, amal apakah yang paling utama?” Beliau menjawab: “Sholat (tepat) pada waktunya”. Kemudian aku tanyakan lagi: ” Kemudian apa?” Beliau menjawab: “Kemudian berbakti kepada kedua orang tua”. Lalu aku tanyakan lagi: “Kemudian apa lagi?” Beliau menjawab: “Jihad di jalan Allah”. (HR.Bukhari 2574)

Anak ayah

Saya anak ayah (arwah). Ya, saya lebih mirip pada sikap arwah ayah, berbanding sikap ibu.

Saya tak luahkan pada sesiapa, tapi kepada anda semua di blog ini, pada saat ini. Mungkin kerana saya masih dihambat rajuk kepada ibu saya sejak kelmaren.

Kali terakhir saya bercerita mengenai arwah ayah saya di dalam blog ini, ialah pada 26 May 2009, sehari sebelum ulang tahun kelahirannya, iaitu pada setiap 27 May (1946). Entri berkenaan bertajuk ‘Singgah dan pulang’, dan saya mengabadikan sebahagian kisahnya iaitu pada tahun kedua ayah meninggalkan kami.

Kini hampir genap 5 tahun ayah pergi. Ayah meninggal pada usia 63 tahun pada 24-03-2007, satu tarikh yang akan kekal di benak saya, insya Allah.. Mudah diingat, bukan?

Saya masih ingat, ketika menduduki kertas peperiksaan SPM pada tahun 2000, untuk subjek English, saya telah memilih untuk menjawab soalan karangan bertajuk ‘My Hero’. Siapa agaknya hero di dalam karangan saya itu? Walaupun kisah di dalam karangan itu cuma rekaan, namun tiada insan lain yang terfikir di dalam benak saya di waktu genting itu, selain ayah, sebagai hero saya. Hasilnya, saya dapat B3 untuk subjek English. (Ya, saya agak lemah English, hehe..)

Tanpa ayah, siapalah saya. Saya mengenal Allah, mengenal Rasulullah SAW, dan figures lain di dalam agama, daripada didikannya. Ayah tidak sayangkan duit di dalam bab pendidikan anak-anaknya. Sejak saya kecil, saya ‘dilambakkan’ dengan pelbagai buku-buku agama. Ayah mungkin tidak pandai mengajar, atau bercerita, tapi ayah belikan kami buku-buku koleksi kisah-kisah daripada alQuran dan hadis. Dan lain-lain buku agama. Biasanya kalau di sekolah, saya lebih advance daripada kawan-kawan lain di dalam subjek agama.

Semasa saya menginjak ke alam universiti, ayah mengajar saya fasa seterusnya, iaitu supaya mengamalkan zikrullah. Ya, ayah lah orang yang mengajar saya untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mungkin telah diamatinya saya selama saya belajar persekolahan menengah di rumah, saya yang lagha, saya yang begitu dan begini. Sebelum saya ‘hilang’ daripada pengawasannya, merantau ke negeri orang,  dibekalkan saya dengan pesanan itu, dengan harapan akar tauhid anaknya ini akan terus mencengkam ke dasar hati, memandu diri.

Tidak lupa, ayah mengenalkan indeks al-Quran, dan kitab-kitab hadis sebagai pedoman. Ayah berpesan, agama itu tegaknya dengan 3 perkara, iaitu tauhid, akhlaq dan syariat. Semuanya perlu dicari ilmunya, dan diamalkan. Di dalam bab siasah, walaupun ayah melihat kecenderungan siasah anaknya ini berbeza dengan pendiriannya, namun ayah tidak menghalang, cuma diberikannya sebab-sebab kenapa dia memilih siasah yang berbeza. Mungkin kerana itulah, pendirian siasah saya agak moderate.

Saya mempunyai banyak persamaan sikap dengan ayah. Jika ayah dikatakan panas baran, saya juga begitu. Jika ayah dikatakan degil, berpendirian tegas, saya juga begitu. Tarikh lahir ayah 27-05-1946. Manakala saya 25-07-1983. Perasan apa persamaan atau gandanya? Mungkin anda beranggapan ia hanya kebetolan, namun bagi saya, itu semua unik, Allah tidak pernah jadikan sesuatu sebagai kebetulan.

Oleh itu…ya.. saya anak ayah, kerana sikap saya mirip sikap ayah.

Walaupun ayah telah menetap di alam barzakh, ketika saya masih terkapai-kapai meneruskan perjuangan berbaki di dunia ini, kadangkala ayah singgah juga bertemu di dalam mimpi saya. Beberapa kali sebelum ini, jika kami ‘bertemu di alam mimpi’, dia akan menegur satu jenis kelemahan saya ini, yang memang saya akui even sejak ayah masih hidup. Alhamdulillah, saya dah buang jauh-jauh kelemahan tu sekarang. Tapi, yang terbaru, ayah datang lagi dalam mimpi saya, dan sebut kelemahan saya yang baru pula. Dan itu juga saya akui benarnya. Mudah2an saya diberikan kekuatan untuk mengatasinya.

Panjang pula entri ini tertulis. Tidak sedar sudah lama menulisnya.. Rajuk saya pada emak juga sudah semakin reda. Oleh itu, sekarang, saya katakan saya anak ibu dan ayah pula jadinya. Hehe..

Saya perlu taat ibu 3x lebih daripada saya wajib taat pada arwah ayah. Arwah ayah dah takde, cuma tinggal ibu. Saya faham, tiada gunanya merajuk berpanjangan pada ibu untuk peristiwa kelmarin.

Finally, terima kasih membaca kisah ayah saya pada kali ini. Saya anak ibu, saya anak ayah. Pulak.. Hehe.. :)

Zikrullah adalah roh ibadah..

Satu petikan daripada facebook seorang sahabat, yang ingin saya baca untuk diri saya, dan kongsikan bersama anda.. :)

————————————————————————————————————–

Dari aspek kerohanian Islam, zikrullah merupakan kunci membuka hijab dari kegelapan menuju cahaya Ilahi. Al-Quran menempatkan zikrullah sebagai pintu pengetahuan makrifatullah, sebagaimana tercantum dalam firman Allah, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, atau sambil duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksaan neraka” (QS 3:190-191)

Kalimah “yadzkurunallah” yakni orang-orang yang mengingat Allah, di dalam `tata Bahasa Arab’ berkedudukan sebagai ma’thuf (tempat bersandar) bagi kalimat-kalimat sesudahnya, sehingga zikrullah merupakan dasar atau asas dari semua perbuatan peribadatan baik berdiri, duduk dan berbaring serta merenung. Dengan demikian, amalan zikir adalah termasuk ibadah yang bebas, tiada batas sempadannya. Boleh dilakukan sambil berdiri, duduk, berbaring, atau bahkan mencari nafkah untuk keluarga sekalipun tetap juga dikatakan berzikir, jika disandarkan kerana ingat kepada Allah. Juga termasuk ahli cerdik pandai yang mengkaji fenomena alam, sehingga menemui sesuatu yang bermanfaat bagi seluruh manusia.

Zikrullah merupakan alat membangkitkan kesedaran diri yang tenggelam. Oleh sebab itu, sifat zikir lebih komprehensif dari hanya berfikir. Kerana zikir melahirkan fikir serta kecelikkan hati yang luas, maka zikrullah tidak boleh hanya diertikan dengan menyebut nama Allah, akan tetapi zikrullah merupakan sikap mental spiritual dalam ikhtiar mematuhi dan memasrahkan diri kepada Allah swt.

Dari Abu Dardaa ra, Bersabda Rasulullah saw “Mahukah kalian aku beritakan sesuatu yang lebih baik dari amal-amal kalian, lebih suci di hadapan penguasa kalian, lebih mulia di dalam darjat kalian, lebih bagus bagi kalian dari pada menafkahkan emas dan perak, dan lebih bagus dari pada bertemu musuh kalian (berperang) kemudian kalian menebas leher-leher mereka atau mereka pun menebas leher-leher kalian ?” Mereka berkata : “baik ya Rasulullah”. Beliau bersabda : “zikrullah” atau ingat kepada Allah (At Tirmizi dan Ibnu Majah, dan berkata Al Hakim: shahih isnadnya).

Zikrullah ditempatkan pada posisi yang sangat tinggi, kerana merupakan jiwa atau rohnya seluruh ibadah, baik solat, haji, zakat, jihad dan amalan-amalan lainnya. Dari sisi lain, Allah sangat keras mengancam orang yang tidak ingat kepada Allah di dalam ibadatnya. Sepertimana firman Allah, “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Orang-orang yang berbuat riya’.” fashalli lirabbika … maka dirikanlah solat kerana Robb mu ( QS. 108:2 )

Perbuatan riya’ ialah melakukan suatu amal perbuatan tidak untuk mencari keredhaan Allah, tetapi untuk mencari pujian atau kemasyhuran di dalam masyarakat. Amal perbuatan seperti itu yang akan ditolak oleh Allah, dan dikategorikan bukan sebagai perbuatan Agama (Ad Din).

Banyak orang yang mendirikan solat, tetapi ia hanya mendapatkan rasa lelah dan payah ( Al Hadis )

Sabda Rasulullah saw, “Akan datang pada suatu masa, orang yang mengerjakan solat, tetapi mereka belum merasakan solat” (Ahmad, dalam risalahnya: Ash shalatu wa ma yalzamuha)

Jadi jelaslah maksud hadis di atas bahawa seluruh ibadah bertujuan untuk memasrahkan diri dan rela kepada Allah, sebagaimana pasrahnya alam semesta…

Untuk mencapai kepada tingkatan yang ikhlas kepada Allah serta menerima Allah sebagai junjungan dan pujaan, jalan atau sarana yang paling mudah telah diberikan Allah, iaitu zikrullah. Keikhlasan kepada Allah mustahil dapat dicapai, tanpa melatih dengan menyebut nama Allah serta melakukan amalan-amalan yang telah ditetapkan-Nya.

Abdullah bin Yusr pernah menyebutkan bahawa, sesungguhnya ada seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat iman itu sungguh amat banyak bagiku, maka kabarkanlah kepadaku dengan sesuatu yang aku akan dapat melaziminya”

Baginda saw bersabda, “Sentiasa lisanmu basah dengan zikir (ingat) kepada Allah Ta’ala.”

Keluhan lelaki yang datang kepada Rasulullah saw menjadi pelajaran dan renungan bagi kita, yang ternyata syariat iman itu amat banyak jumlahnya dan tidaklah mungkin kita mampu melaksanakan amalan syariat yang begitu banyak tersebut, kecuali mendapatkan kurniaan, bimbingan dan tuntunan dari Allah swt. Rasulullah telah memberikan jalan penyelesaiannya dengan mencadangkan kita agar selalu membasahi lisan kita dengan menyebut nama Allah.

Dengan cara melatih berzikir kepada Allah, kita akan mendapat ketenangan, kekhusyukan dan kesabaran yang berasal dari Nur Ilahi.

KEUTAMAAN ZIKRULLAH

Apabila kita benar-benar mengerjakan zikir menurut cara yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya, paling kurang, terdapat 20 keutamaan yang akan dikurniakan kepada yang melakukannya, iaitu

1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada Allah dengan amal soleh ini.

2. Menghasilkan rahmat dan inayat Allah.

3. Memperoleh sebutan yang baik dari Allah dihadapan hamba-hamba pilihan-Nya.

4. Membimbing hati dengan mengingat dan menyebut Allah.

5. Melepaskan diri dari azab.

6. Memelihara diri dari was-was syaitan dan membentengi diri dari maksiat.

7. Mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

8. Mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah.

9. Memberikan sinaran kepada hati dan menghilangkan kekeruhan jiwa.

10. Menghasilkan tegaknya suatu rangka dari Iman dan Islam.

11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan pada hari kiamat.

12. Melepaskan diri dari rasa sesal.

13. Memperolehi penjagaan dari para malaikat.

14. Menyebabkan Allah bertanya tentang keadaan orang-orang yang berzikir itu.

15. Menyebabkan berbahagianya orang-orang yang duduk beserta orang-orang yang berzikir, walaupun orang itu tidak berzikir.

16. Menyebabkan dipandang ahlul ihsan, dipandang orang-orang yang berbahagia dan pengumpul kebajikan.

17. Menghasilkan ampunan dan keredhaan Allah.

18. Menyebabkan terlepas dari salah satu pintu fasik dan derhaka. Kerana orang yang tidak menyebut nama Allah (tidak berzikir) dihukum sebagai orang fasik.

19. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi Allah.

20. Menyebabkan para Nabi dan orang-orang mujahidin (syuhada) menyukai dan mengasihi.

Dengan sebahagian manfaat yang tercantum di atas, layaklah jika zikrullah didudukkan sebagai pintu pembuka jalan kebajikan dan jalan makrifatullah. Keutamaan-keutamaan tersebut bukan sekadar catatan yang menarik bagi kaum muslimin, akan tetapi hal tersebut dapat kita perolehi dan dirasakan dengan sebenar-benarnya, apabila kita serius dan sungguh-sungguh dalam melaksanakan amalan-amalan zikir kepada Allah. Wallahu`alam.

Jagalah Hati…

Wassalam.
Dicatat oleh Syed Roslan Jaafar

Generasi Patah Hati

Tawa lepasmu adalah tangisanku,
Kelakuanmu adalah deritaku,
Kebodohan ini harus segera diakhiri,
Sebelum aku benar-benar mati.

Aku generasi yang patah hati,
Terlahir dengan kondisi dunia yang seperti ini,
Aku generasi yang patah hati,
Aku harus belajar tersenyum sebelum membunuh,
Sebelum membunuh rasa takutku.

Perut buncitmu, kurusnya bayi mereka,
Rumah mewahmu, Keringat mereka,
Kebodohan ini harus segera di akhiri,
Sebelum kita benar-benar mati.

Ku bekerja siang dan malam,
Agar isteri ku bahagia,
Semoga kelak anak kita,
Hidup selayaknya.

Aku siap tuk lupakan mimpi ego mudaku,
Aku siap tuk lupakan.

Aku akan perjuangkan masa depan anakku,
Aku akan perjuangkan.
————————————
Tajuk Lagu: Generasi Patah Hati,
Dinyanyikan oleh: Sheila On 7.
Saya tujukan khas kepada: Pemimpin-pemimpin Yang Korup.
^^

(petikan di facebook page Hilal Syaraf, penulis di http://langitilahi.com/)

Daripada saya pula, anda pula bagaimana? Sudah bersedia untuk merubahnya?.. ;)

Jangan berhenti melangkah

Kisah semua orang, sebagai hamba.. Cuma kadang2 kita terleka, terlupa… Jom fikirkannya, syukuri nikmat hidayah daripada Nya..

Zikir? Ntah la.. Anda pula bagaimana?

Bismillahir Rahmanir Rahiem..

Alhamdulillahi rabbil ‘alamien.. Wassolatu wassalamu ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallim..

Pelik sket tajuk entri saya kali ni. Sori,sori.. Saya bukan penulis professional, penulis amatur pun tidak, cuma penulis blog peribadi. Menulis bila ada idea yang terlintas, mengabadikan perjalanan hidup, untuk dikongsi bersama.

Sambil melajukan jari jemari ke atas keyboard pada malam ini, saya sebenarnya sedang mendengar siaran tertunda (online) segmen Mukmin Professional bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Saya semakin meminati segmen ini, selepas saya tertarik kepada segmen Islam Itu Indah bersama Prof Dr Muhaya sebelum ini (dan masih suka, hehe..). Semuanya best.. :) Anda boleh mendengarnya di <laman web IKIM di sini>

Sejak sejam yang lalu, entri ini hanya tertulis sedikit demi sedikit, (sambil mencari gambar dan video yang sesuai untuk dijadikan hiasan) kerana saya sendiri teragak-agak, mahu meneruskan niat di hati untuk berkongsinya, atau tidak. Akhirnya saya mendapat ‘signal’ seolah-olah “ya, ia perlu ditulis” apabila saya melihat perkara ini turut dikongsi oleh sahabat saya yang lain di wall facebook nya, seolah-olah ada keseragaman antara kami. (almaklum la, saya ni kan intuitive person orangnya, hehe)

Sebenarnya saya cuma nak berkongsi kisah saya, 10 tahun yang lalu, ketika belajar di UIAM kampus PJ, di dalam sesi makmal untuk subjek Biology, di bawah tajuk kecil Heart Rythms..

Di bawah ni, saya tunjukkan satu gambar denyutan jantung yang normal,

Seorang demi seorang ahli kumpulan saya, dijalankan eksperimen ini, dan graf yang terhasil pula pelbagai. Silap jgk saya, yang tidak memerhatikan graf ahli-ahli kumpulan, saya cuma perasan 2 orang sebelum saya saja. (kerana saya sangat suka mengelamun di dalam kelas, hehe). Graf mereka tidak cantik/normal, dan pulse rate juga agak tinggi, seolah-olah mereka terlalu berdebar-debar dieksperimentasi, tapi itu tidaklah bermakna mereka ada masalah jantung. Maklum la, masa tu kami anak muda, berdarah muda pula, hehe…

Tiba giliran saya, dan graf di-print out. Hasilnya, graf tersebut sangat cantik, sangat normal, dan pulse rate menunjukkan saya sangat tenang pada masa itu. Kawan saya, seorang budak yang terer Bio, cakap kat saya, “ko tahan nafas ke, Dee? Macam tak percaya je aku tengok graf ko ni,”. Saya menggelengkan kepala, menafikan, dan terus menerus berzikir di dalam hati…

“Terus menerus berzikir di dalam hati..”

Saya tidak ingat, sejak bila saya mula berzikir secara tidak sengaja, tanpa dipaksa, di dalam hati. Saya berzikir kerana saya mendengar ayat Al-Quran yang bermaksud, “dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..”. Dan saya juga mendengar, “sebaik-baik zikir ialah menyebut Laa Ilaha Illallah..”.

Memandangkan saya selalu bersama kawan-kawan tidak kira di bilik hostel, ataupun kelas, saya tidak berzikir secara lisan, tetapi saya cuma berzikir di dalam hati.. Saya tahu, Allah Maha Mendengar, ibadah pengabdian hambaNya ini.

Saya berzikir, kerana hati saya keluh-kesah. Bukan bermakna saya tidak ketawa bergembira bersama kawan-kawan, cuma ada rasa kekurangan di dalam tawa dan kebersamaan itu, ada rasa hati yang tidak tenang..

Lama kelamaan, ia menjadi tabiat, hampir setiap masa, kalimah Laa Ilaha Illallah ‘tersebut-sebut’ di dalam rongga tekak saya, dan sesekali turut terselang-seli dengan istighfar..

 Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:

Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Sehingga sekarang, ia menjadi ‘tabiat’ saya.. Ia membuatkan saya menjadi tenang.. Ia menemani saya, ketika saya bekerja, bersendirian, bersama manusia.. Setakat ini, saya tidak mengikuti mana-mana tarekat, honestly..

So..

Zikir? Ntah la.. Anda pula bagaimana?

Ni petikan kat wall facebook sahabat saya, Kak Ida, katanya: “Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir…”

Doakan saya k ;)

Sebenarnya lagu Freedom daripada munsyid Maher Zain ni berkenaan pembebasan Palestin. Rentaknya membuatkan saya tak terasa keletihan bekerja. Tapi mungkin ada yang lebih bermakna daripada itu, iaitu perkataan ‘Freedom’ itu sendiri. :)

Buat semua yang concerns pada saya, ingin saya maklumkan, saya semakin sihat sekarang walaupun pada dos ubat yang telah berkurang sejak 3 bulan yang lalu. Horey!! Percubaan saya berjaya!! Hehe.. Saya semakin cergas dan cerdas, macam budak iklan minum Milo tu, hehe..

Niaga kecil2an saya juga ada improvement. Hasil jualan telah menjadi dabel, dan sekiranya minggu depan jualan masih stabil, saya akan cuba memenuhi permintaan pelanggan dengan men-triple-kan plak, insya Allah, :)

Saya bercadang menambah baikkan ‘produk’ makanan saya, dan baru sahaja meng emel kan sahabat saya, Nazia di Kuantan, untuk mendapatkan resepi daripada ibunya jeng, jeng, jeng..

Doakan saya k ;) TQVM, syukron ‘ala kulli hal.

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.