Syukron jazielan ya sohabati..
Sahabat…
Ingin sekali ku luahkan apa yang terbuku di hati ini..
Apa yang membuatkan aku tersenyum lebar kembali malam ini..
Kata-kata daripadamu sentiasa membawa makna kepada diri ini..
Kata-kata yang membimbing diri di kala kegelapan..
Kata-kata yang memandu diri pulang, di kala kesesatan..
Kata-kata yang menginsafkan, di kala aku keamukan..
Kata-kata yang membahagiakan, di kala aku kesedihan..
Kata-kata yang mengingatkan, di kala aku kealpaan..
Terima kasih di atas kesabaranmu membawaku ke jalan pulang..
Sejak awal kita bertemu, sehingga kita seperti sekarang..
Sememangnya pertemuan kita telah ditaqdirkan..
Ku yakin doa darimu sentiasa mengiringi langkahku di dalam kehidupan..
Andainya perpisahan menjemput untuk kita berasingan..
Ku harapkan kita kan bertemu semula di dalam kegembiraan..
Mendapat naungan kelak di sebesar-besar perhimpunan..
Walaupun itu hanya harapan..
Akan ku pinta di dalam doaku kepada Tuhan..
Moga kita di antara 7 golongan..
Yang mendapat naungan..
Ya Allah, dengan izin dan rahmatMu jua..
Jadikanlah kami saling berkasihan kerana mendambakan keredhaanMu…
Amien Ya Rabbal ‘Alamien..
-Dianah- 10.07pm, Kuala Terengganu
No comments yet.











