Dianah's Blog

All about me, and my opinions..

Ketukan

Bismillahir Rahmanir Rahim..

Allhumma solli ‘ala saiyidina Muhamaad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallim

Pernah membaca satu kata-kata mutiara, (saya sudah lupa samada ia hadis atau ayat Quran), daripada wall facebook salah seorang sahabat, dan sekali lagi saya membaca tazkirah itu daripada penulisan Ustaz Pahrol Mohd Juoi berdasarkan pengalamannya, iaitu “seseorang itu akan diuji dengan apa yang dikatakannya”, dan sudah tentulah penulisan juga termasuk sebagai kata-kata kita.

Semenjak saya tidak lagi bekerja makan gaji, saya mempunyai lebih masa untuk merenung dan menulis. Menulis pengalaman untuk dikongsikan bersama keluarga dan sahabat, menulis sebagai luahan rasa, menulis untuk mengabadikan kisah-kisah perjalanan hidup diri ini untuk tatapan diri dan waris, dan pada masa yang sama, berharap yang baik dijadikan pengajaran dan yang buruk dijadikan sempadan.

Saya menulis dan menggambarkan diri dengan pandangan diri saya terhadap diri saya sendiri, iaitu siapa saya di dalam gambaran fikiran saya, dan menceritakn perilaku saya seperti yang saya sangkakan sebagai sudah sebati dalam diri ini.

Allah SWT jua yang lebih Mengetahui, adakah ia dicemari dengan debu2 mazmumah seperti riya’, ujub dan takabbur.

Apa yang saya perasan, sejak saya aktif menulis kembali, saya semakin diuji dengan ujian-ujian yang menyakitkan, menikam sanubari, daripada insan-insan sekeliling (jgn bimbang, mereka tidak membaca blog saya ini), seolah-olah Allah SWT mahu saya membuktikan kebenaran apa yang saya katakan/ tulis di sini.

Namun, itu tidak bermakna saya akan berhenti menulis. Kerana saya mengambil pedoman daripada penulisan Ustaz Pahrol, bahawa beliau juga sering diuji dengan apa yang ditulisnya/ nasihatnya kepada orang lain. Menurut beliau, kebaikannya ialah ia akan mendidik diri beliau untuk turut sama memperbetulkan kekhilafan diri.

Begitu juga saya, saya mahu gambaran/pandangan saya tentang diri saya di blog ini, (maksud saya, yang baik2, positif sahaja) akan menjadi sesuatu yang sebati dengan diri, memperbaiki diri sekiranya saya yang sebenarnya, masih khilaf.

Maafkan saya, sekiranya anda mendapati sebahagian atau mungkin kesemua tulisan saya di sini, hanya kata-kata yang tiada roh nya. Doakanlah saya sebagai saudara seagama, semoga saya boleh menulis sesuatu yang memberi kebaikan kepada pembacanya. Wallahu ‘alam. Terima kasih sudi berkunjung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.