Dianah's Blog

All about me, and my opinions..

Zikir? Ntah la.. Anda pula bagaimana?

Bismillahir Rahmanir Rahiem..

Alhamdulillahi rabbil ‘alamien.. Wassolatu wassalamu ‘ala saiyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sohbihi wa sallim..

Pelik sket tajuk entri saya kali ni. Sori,sori.. Saya bukan penulis professional, penulis amatur pun tidak, cuma penulis blog peribadi. Menulis bila ada idea yang terlintas, mengabadikan perjalanan hidup, untuk dikongsi bersama.

Sambil melajukan jari jemari ke atas keyboard pada malam ini, saya sebenarnya sedang mendengar siaran tertunda (online) segmen Mukmin Professional bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Saya semakin meminati segmen ini, selepas saya tertarik kepada segmen Islam Itu Indah bersama Prof Dr Muhaya sebelum ini (dan masih suka, hehe..). Semuanya best.. :) Anda boleh mendengarnya di <laman web IKIM di sini>

Sejak sejam yang lalu, entri ini hanya tertulis sedikit demi sedikit, (sambil mencari gambar dan video yang sesuai untuk dijadikan hiasan) kerana saya sendiri teragak-agak, mahu meneruskan niat di hati untuk berkongsinya, atau tidak. Akhirnya saya mendapat ‘signal’ seolah-olah “ya, ia perlu ditulis” apabila saya melihat perkara ini turut dikongsi oleh sahabat saya yang lain di wall facebook nya, seolah-olah ada keseragaman antara kami. (almaklum la, saya ni kan intuitive person orangnya, hehe)

Sebenarnya saya cuma nak berkongsi kisah saya, 10 tahun yang lalu, ketika belajar di UIAM kampus PJ, di dalam sesi makmal untuk subjek Biology, di bawah tajuk kecil Heart Rythms..

Di bawah ni, saya tunjukkan satu gambar denyutan jantung yang normal,

Seorang demi seorang ahli kumpulan saya, dijalankan eksperimen ini, dan graf yang terhasil pula pelbagai. Silap jgk saya, yang tidak memerhatikan graf ahli-ahli kumpulan, saya cuma perasan 2 orang sebelum saya saja. (kerana saya sangat suka mengelamun di dalam kelas, hehe). Graf mereka tidak cantik/normal, dan pulse rate juga agak tinggi, seolah-olah mereka terlalu berdebar-debar dieksperimentasi, tapi itu tidaklah bermakna mereka ada masalah jantung. Maklum la, masa tu kami anak muda, berdarah muda pula, hehe…

Tiba giliran saya, dan graf di-print out. Hasilnya, graf tersebut sangat cantik, sangat normal, dan pulse rate menunjukkan saya sangat tenang pada masa itu. Kawan saya, seorang budak yang terer Bio, cakap kat saya, “ko tahan nafas ke, Dee? Macam tak percaya je aku tengok graf ko ni,”. Saya menggelengkan kepala, menafikan, dan terus menerus berzikir di dalam hati…

“Terus menerus berzikir di dalam hati..”

Saya tidak ingat, sejak bila saya mula berzikir secara tidak sengaja, tanpa dipaksa, di dalam hati. Saya berzikir kerana saya mendengar ayat Al-Quran yang bermaksud, “dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang..”. Dan saya juga mendengar, “sebaik-baik zikir ialah menyebut Laa Ilaha Illallah..”.

Memandangkan saya selalu bersama kawan-kawan tidak kira di bilik hostel, ataupun kelas, saya tidak berzikir secara lisan, tetapi saya cuma berzikir di dalam hati.. Saya tahu, Allah Maha Mendengar, ibadah pengabdian hambaNya ini.

Saya berzikir, kerana hati saya keluh-kesah. Bukan bermakna saya tidak ketawa bergembira bersama kawan-kawan, cuma ada rasa kekurangan di dalam tawa dan kebersamaan itu, ada rasa hati yang tidak tenang..

Lama kelamaan, ia menjadi tabiat, hampir setiap masa, kalimah Laa Ilaha Illallah ‘tersebut-sebut’ di dalam rongga tekak saya, dan sesekali turut terselang-seli dengan istighfar..

 Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:

Maksudnya: “Bersabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”.”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Sehingga sekarang, ia menjadi ‘tabiat’ saya.. Ia membuatkan saya menjadi tenang.. Ia menemani saya, ketika saya bekerja, bersendirian, bersama manusia.. Setakat ini, saya tidak mengikuti mana-mana tarekat, honestly..

So..

Zikir? Ntah la.. Anda pula bagaimana?

Ni petikan kat wall facebook sahabat saya, Kak Ida, katanya: “Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.